mak cik : Ya adik,beli kuih. nak kuih apa?
D : Ha'a nak beli kuih. mak cik cekodok tu satu brape? (cekodok dia nampak sedap dan saiz nya sederhana je. sila tengok gambar)
| tak besar dan tak kecik |
mak cik : satu 10 sen
D : dalam ati( mak cik 1 = 10 sen je? murah betul) saya nak seringgit la mak cik. ok mak cik berape ye semua ( amik pulut inti 3 bungkus = rm1.50, cekodok = rm1, gula melaka = rm0.40.)
mak cik : rm 2.90 adik. barang sekarang ni semuanya mahal. nak naikkan harga tinggi sangat nanti orang tak beli pulak.
D : nak buat macam mana mak cik,zaman sekarang ni makanan memang mahal. (sambil menghulurkan rm3 kepada mak cik sambil kata saya beli ye mak cik)
mak cik : mak cik pulak dah berhenti kerja, terpaksa la jual kuih. mak cik bukan kerja kerajaan. mana nak dapat duit kalau tak jual kuih.
D : hati berbisik lagi (kesian betul mak cik.zaman sekarang kalau tak ada duit macam mana la nk hidup kan)
mak cik : adik orang sini?
D : ha'a orang sini la mak cik ( mesti mak cik ingat saya bukan orang sini sebab saya cakap tak macam orang sini) ok mak cik saya beli ye. : )
mak cik : mak cik jual : )
No comments:
Post a Comment