Seperti yang dijanjikan. Hari ni saya akan kongsi satu resepi. Sila sediakan pen, pensel atau apa-apa ajelah janji boleh salin resepi. hehe. Sebelum tu resepi ni bukan lah saya yang cipta. Saya amik resepi ni dari DAPUR KAKZU . Tanpa membuang masa mari kita mulakan !
Bahan-bahan:
3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovellete
paste(ikut perasa yang disukai)
pewarna(warna yang disukai)
inti(kaya,bluberry,strawberry atau ikut cita rasa masing-masing)
Cara-cara:
1. Mula-mula pukul telur dan gula.
2. Selepas itu masukkan ovellete dan pukul sehingga betul-betul kembang.( Jika adunan tu nampak berkilat dan berkrim itu maknanya adunan dah betul-betul kembang)
3. Bila adunan dah kembang, masukkan tepung dan susu secara berselang seli sehingga habis.
4.Gunakan acuan kuih lompang dan letakkan papercup ke dalamnya.(Saiz papercup lebih kurang saiz acuan kuih lompang.
5.Adunan yang telah siap tadi boleh dimasukkan ke dalam papercup tersebut.
6.Sewaktu memasukkan adunan ke dalam papercup,panaskan periuk kukus selama 10 minit terlebih dahulu.
7.Selepas itu,masukkan acuan-acuan tadi ke dalam periuk kukus dan kukus selama 15 minit.
8. Selepas itu, boleh la dihidangkan. (apom polkadot ni sesuai untuk dimakan bila-bila masa saja)
Selamat mencuba ya semua! ^_^ (Mulakan dengan bismillah sebelum memulakan apa jua masakan)
*kak zu terima kasih sebab tak kedekut ilmu dan share dengan pengguna-pengguna fb
No comments:
Post a Comment