Korang pernah dengar nama Hilal Asyraf ? Dia seorang penulis. Bagi saya dia seorang yang sangat hebat. Allah telah kurniakan sesuatu yang sangat istimewa kepadanya. Dia mampu hasilkan ayat-ayat yang mampu menyentuh jiwa manusia yang sedang tenat. Saya mula mengenal hilal masa kawan baik hadiahkan sebuah buku yang ditulis oleh hilal. Tajuk Langit Ilahi (Langit Ilahi merupakan company hilal.Anda boleh layari untuk dapatkan buku-buku hilal dan macam-macam lagi kata-kata mutiara yang ditulis oleh beliau)
 |
thanks emah :D
|
Tak lama lepas tu kak nad perkenalkan sebuah buku lagi. Tajuk dia sangat menarik! iaitu Terasing. Kalau sekali tengok kita pasti tertanya-tanya. Terasing dari apa? Sebenarnya saya jarang baca buku. Tapi bila dah baca buku hilal yang berunsur dakwah , hati ni mula terasa tenang dan inginkannya lagi. Soo tanpa buang masa cepat-cepat cari buku ni kat mph. Masa sampai kat sana cari punya cari tak jumpa. (tak puas hati ni). So tanya la akak kat kaunter tu, buku terasing hilal asyraf ada lagi tak? Akak pun check la kat komputer dia tu kan. Sorry lah adik. Buku terasing dah habis (kecewa betul). Tapi tak berputus asa. Selepas beberapa minggu, kembali semula ke mph. (Alhamdulillah, ada.tinggal 3 buah je lagi.) Tanpa buang masa amik terus then bayar.(Mood : Excited sebab first time beli buku hilal! hehe) So korang nak tahu apa isi kandungannya kena dapatkan buku ni cepat-cepat ye! (kalau saya rajin saya buat sinopsis tentang buku ni nanti,kalau rajin lah) :D

Next! Pertemuan antara kak nad dengan saya! Pertemuan kami di sebuah masjid(terharu betul.cinta yang datang dari Allah yang membaluti ukhwah antara kami telah membawa kami berjumpa untuk pertama kalinya di sebuah masjid) Masa tu hujan punya la lebat kami redah jugak la. Sebab dah plan nak beli makanan untuk buka puasa nanti. Redah... Redah... dan Redah sambil potpet. hehe.So dah beli makanan, apa lagi nak balik la. Lagipun kesian kak nad. Dah la bawak moto. Kebasahan. Sebelum balik, kak nad ada bagi hadiah.(hati punya seronok tak terkata masa tu sebab dapat hadiah hehe). Sampai-sampai rumah terus buka! waaah! Dapat buku hilal asyraf lagi! (hati pun berkata-kata,terima kasih kak nad sebab bagi sinergi.memang teringin nak ada buku tu.tengok-tengok kak nad dah hadiahkan ^_^) . So ini bukunya...
 |
jangan lupa dapatkan buku ini jugak! sangat best!
|
One more! hilal ada jual baju! saya dah ada baju tu. Suka sangat baju tu...(mai-mai tengok)
 |
baju untuk laki pun ada!
|
Nak dapatkan barang-barang dari hilal? Sila tekan sebelah ini Langit Ilahi
No comments:
Post a Comment